Komuniti Portal PERPENA

Rihaida bt Naim
By Rihaida bt Naim
20 Jan 2012

PENAMBAHBAIKAN SBPA BAGI SKIM PENOLONG AKAUNTAN

Semua Penolong Akauntan yang dihormati,

Kerajaan telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berkuatkuasa mulai 1.1.2012. Selain mewujudkan penambahbaikan kepada struktur gaji, imbuhan tetap/elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan, SBPA juga turut melaksanakan penyusunan/semakan semula struktur perkhidmatan, penggelaran gred jawatan/gred gaji, skim perkhidmatan serta syarat-syarat perkhidmatan.

 

Sehubungan dengan ini, kerjasama tuan adalah dipohon dalam mengemukakan maklum balas atas perkara-perkara dalam SBPA yang berkaitan dengan skim Penolong Akauntan.

 

Maklum balas yang dikemukakan hendaklah meliputi keseluruhan skim Penolong Akauntan dan bukan hanya tertumpu kepada gaji dan elaun sahaja. Antara maklum balas yang dicadangkan juga adalah berkenaan:

 

        i)   Lantikan Penolong Akauntan

        ii)  Peperiksaan Penolong Akauntan

        iii) Latihan

 

Sebarang maklum balas/ cadangan bolehlah dihantar melalui e-mail kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it  sebelum 26 Januari 2012 (Khamis).

 

Sekian, terima kasih.

 

Rihaida bt Naim

Setiausaha

PERPENA

Last Updated on Friday, 20 January 2012 10:57
E-mail Print PDF
 
Administrator
By administrator
13 Jan 2012

Pasukan Petugas diberi dua bulan semak semula SBPA

KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pasukan petugas itu, yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April, untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Pasukan petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Cuepacs serta pegawai kementerian yang berkaitan.

Last Updated on Friday, 13 January 2012 19:15
E-mail Print PDF
 
Administrator
By administrator
09 Jan 2012

MAKLUMAN TERKINI: PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SISTEM AGHR-eP2P

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

 

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa pengemaskinian maklumat peribadi dan perkhidmatan bagi pegawai perkhidmatan perakaunan di Kementerian/Jabatan/Agensi (kecuali di JANM) melalui sistem AGHR-eP2P di alamat url: https://119.110.105.173/  telah dibuka semula mulai 4 Januari 2012 sehingga 14 Januari 2012. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada email group berikut: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Sila rujuk kepada portal JANM dari semasa ke semasa berkaitan makluman semasa berkaitan jadual pengemaskinian.

 

E-mail Print PDF
 
« StartPrev12345678NextEnd »

Pautan

e-Perolehan   Sistem Perancangan & Kawalan Belanjawan Elektronik  e-Penyata Gaji & Laporan  Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

Latest Events

No Upcoming Event
Recent Events
  • Deepavali
    26 October, 2011 (All Day)
    (Default) (General)
  • Bengkel
    08 December, 2011 (All Day)
    (Default) (General)
View Full Calendar

Polls

Apakah fokus Azam Tahun 2011 anda?
 

Petikan Hari Ini

"Sebagai pengguna, kita ada kuasa iaitu kuasa beli, apabila ada penipuan harga dikedai, kita gunakan kuasa kita itu dengan tidak membeli. Malangnya pengguna di Malaysia tidak bermuafakat dan bersatu, sebenarnya kita boleh buat semua ini jika kita tahu hak kita sebagai pengguna."

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tan Sri Muhyiddin Yassin


Event Calendar

December 2011 January 2012 February 2012
Mo Tu We Th Fr Sa Su
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Google Weather