| Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Friday, 26 August 2011 10:52 |
|
SIARAN AKHBAR PRESS RELEASE KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA ______________________________________________________________________ Putrajaya : Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia telah melancarkan Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) bagi menyediakan kemudahan permohonan pinjaman Perbendaharaan secara atas talian (online) kepada semua penjawat Awam.
Majlis disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Nozirah Binti Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) pada 17 Ogos 2011 bertempat di Dewan Perhimpunan BPP, Aras 7, Putrajaya.
Pelancaran Portal SPPB ini adalah satu lagi transformasi di dalam perkhidmatan kepada pelanggan BPP. Pelaksanaan Portal SPPB merupakan satu langkah penambahbaikan dalam sistem penyampaian BPP kepada semua penjawat Awam yang berhasrat memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan. Melalui portal SPPB, permohonan pinjaman perumahan Perbendaharaan secara online bagi harta pertama yang lengkap diisi oleh pemohon akan mendapat kelulusan secara bersyarat sertamerta. Di dalam borang Portal SPPB juga terdapat kemudahan Pengiraan Kelayakan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Insuran/Takaful secara online apabila pemohon memilih perlindungan (Insuran/Takaful) bagi harta pinjaman. Pemilihan perlindungan insuran/ takaful daripada Panel Insuran/Takaful secara online adalah muktamad.
Setelah pemohon selesai melengkapkan borang secara online, pemohon dikehendaki membuat pembayaran wang proses pinjaman perumahan dengan menggunakan no. rujukan permohonan yang dijana daripada Portal tersebut. Portal ini juga dilengkapi dengan kemudahan Internet banking melalui perkhidmatan Maybank2u dan CIMBClicks bagi tujuan pembayaran wang proses secara online. Seterusnya pemohon dikehendaki mencetak borang permohonan pinjaman melalui Portal SPPB, menyediakan semua dokumen sokongan yang disyaratkan serta mengemukakan borang dan dokumen berkaitan kepada BPP dalam tempoh empat belas hari (14) bekerja bagi membolehkan BPP memproses permohonan pinjaman tersebut.
Selain perkhidmatan borang permohonan online dan pembayaran secara Internet Banking, Portal ini juga menyediakan kemudahan semakan kepada peminjam bagi status permohonan, status bayaran balik, bayaran kemajuan, penghantaran hakmilik, baki pinjaman serta penyata tahunan.
Melalui pelaksanaan Portal SPPB ini, antara kebaikan yang boleh dimanfaat bersama baik BPP mahupun pemohon adalah:
i) Mempercepatkan proses kelulusan pinjaman perumahan Perbendaharaan; ii) Mempercepatkan permohonan pinjaman dan memudahkan semaka pinjaman sedia ada; iii) Mempercepatkan proses pembayaran wang proses melalui kemudahan Internet banking; dan iv) Memudahkan pemilihan Insuran/Takaful dengan kemudahan Pengiraan
Kelayakan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Insuran/Takaful secara online. Selain dari portal, BPP telah menerajui beberapa transformasi perkhidmatan sebelum ini iaitu e-Perserahan. Bagi menjamin kepentingan Kerajaan, semua hartanah yang dibiayai pinjamannya oleh Perbendaharaan Malaysia melalui Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan perlulah dicagarkan kepada Kerajaan Malaysia secara gadaian bagi Hakmilik Individu/Strata atau Penyerahan Hak (Assignment) bagi Hakmilik Induk. Pendaftaran gadaian kepada kerajaan Malaysia dilakukan di semua PTG dan PTD manakala pendaftaran bagi penyerahan hak (Assignment) dilakukan di Mahkamah Tinggi.
Sistem e-Perserahan ini akan memfokuskan kepada pendaftaran gadaian kepada kerajaan Malaysia di semua PTG dan PTD yang dilaksanakan secara atas talian(online).
Sistem e-Perserahan akan memberi kemudahan kepada semua PTG dan PTD seluruh Malaysia serta pihak peguam dalam urusan penyerahan nombor perserahan gadaian kepada kerajaan Malaysia secara online dengan menghantar maklumat nombor perserahan tersebut secara terus ke dalam sistem di Bahagian Pinjaman Perumahan.
BPP telah menjalin kerjasama erat dengan Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang merupakan satu jabatan penting di bawah Kementerian Kewangan yang membuat penilaian urusniaga hartanah (property evaluation) dan dikehendaki menghantar laporan penilaian secara atas talian/ e-mel untuk peratusan kesiapan rumah bagi pembayaran secara berperingkat.
Dikeluarkan oleh: Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia 17 Ogos 2011
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 837 Comments (0)
![]() |
| Last Updated on Friday, 02 September 2011 22:36 |





